Sunday, 13 December 2015

KEM SYOKNYA AGRO!!!

AKTIVITI YANG DIJALANKAN
5 Jun 2015 – Kem Syoknya Agro! telah bermula. Pada pukul 8.30, pelajar asasi sains pertanian Universiti Putra Malaysia telah bertolak ke tapak kem, Melaka Topical Fruit Farm. Kami telah selamat sampai ke tapak kem padal pukul 11 pagi. Sesampai sahaja kami ke sana, sesi pembahagian bilik telah diadakan. Makanan juga telah diagihkan kepada semua pelajar.
   Pada pukul 1, pelajar lelaki telah bertolak untuk solat Jumaat sementara pelajar perempuan dibenarkan untuk berehat. Sesi taklimat telah bermula pada pukul 2.30. Segala informasi mengenai aktiviti sepanjang kem telah diberitahu sehingga pukul 4.30. Pelajar kemudian diberi waktu untuk solat asar sehingga pukul 5 petang.

   Pada pukul 5, sesi ice breaking telah berjalan dengan jayanya. Setiap kumpulan diminta untuk memilih nama kumpulan berdasarkan nama buah. Kumpulan kami telah dinamakan kedondong. Setelah itu, kami diberikan setengah jam untuk memilih satu sorak untuk kumpulan kami. Kemudian setiap kumpulan diminta untuk mempersembahkan sorak masing-masing. 
   Dari pukul 6.30 hingga 7.00 petang, para pelajar dibenarkan untuk membersihkan diri dan solat Maghrib berjemaah pada pukul 7.15. Selepas solat berjemaah, sebuah kuliah Maghrib diadakan dan solat Isyak berjemaah juga telah dijalankan. Pada pukul 9.00 hingga 11.00 malam, indoor games telah diadakan bagi mengeratkan hubungan para peserta dengan semua ahli kumpulan masing-masing.
   Kami dibenarkan untuk minum malam pada pukul 11 hingga 11.30 malam dan aktiviti diteruskan pula dengan solo walk. Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan. Para pelajar diarahkan untuk berjalan di dalam hutan berjalan tar berseorangan. Pada pukul 1.30 pagi, semua pelajar telah berjaya sampai ke garisan penamat dan kami dibenarkan pulang ke bilik untuk membersihkan diri dan rehat.

6 Jun 2015 – Pada hari kedua, kami bersolat Subuh berjemaah di dewan pada pukul 6 pagi dan disertakan dengan kuliah Subuh sehingga pukul 7.15. Kami dibenarkan untuk menukar pakaian dan senaman pagi telah dimulakan pada pukul 7.30 hingga 8.00 pagi. Kami bersarapan pagi setelah itu dan aktiviti hari itu, expolace bermula pada pukul 8.30.
   Kumpulan kedondong diarahkan untuk bergerak bersama kumpulan bacang ke checkpoint pertama kami, iaitu rafting. Kami diberikan sedikit taklimat mengenai cara pembuatan rakit dengan menggunakan empat buah tong dan beberapa batang buluh sahaja. Kemudian kami diminta untuk membuat sendiri rakit yang kukuh untuk kami naiki bersama di tasik. Pembuatan rakit sedikit sukar daripada yang disangka. Kami mengambil masa 30 minit untuk menyediakan rakit tersebut. Setelah berjaya bekerjasama membuat rakit, kami pun menaiki rakit yang telah dibuat bersama dan perlumbaan rakit dijalankan

   Kemudian kami bergerak ke checkpoint seterusnya, flying fox. Sebuah taklimat keselamatan telah dijalankan untuk menitikberatkan keselamatan pelajar. Setelah itu, setiap ahli kumpulan dibenarkan menaiki flying fox. Pada pukul 11 sehingga 1 petang, kami dibenarkan untuk membersihkan diri dan berehat. Kami makan tengahari setelah itu dan solat zohor sehingga pukul 2.30 petang.
   Setelah itu, kami bergerak ke stesen seterusnya iaitu kebun getah. Kami telah diberi taklimat tentang tatacara penanaman dan penjagaan getah. Kami juga diberi peluang untuk menorah getah secara bergilir-gilir. Kemudian kami dibenarkan makan malam pada pukul 6.30 petang. Sebelum makan, kami telah diberikan arahan untuk mengendalikan satu majlis malam kebudayaan pada pukul 9.30 hingga 11 malam. Setiap kumpulan dikehendaki membuat satu persembahan mengikut negeri.
   Pada pukul 7.00 hingga 9.00 malam kami bersolat maghrib dan isyak berjemaah. Pada pukul 9.00 hingga 9.30 malam, setiap kumpulan bertungkus lumus berlatih untuk persembahan malam itu. Tepat 9.30 malam, majlis pun bermula. Kumpulan kedondong telah mempersembahkan dikir barat. Kumpulan lain juga telah membuat persembahan yang amat baik. Kami dibenarkan berehat pada pukul 11 malam.

7 Jun 2015 – Pada hari ketiga, kami solat Subuh berjemaah pada pukul 6 pagi diikuti oleh kuliah subuh. Senaman pagi bermula pukul 7.30 dan kami dibenarkan sarapan pagi. Pada pukul 8.30 pagi, explorace pun disambung kembali. Kumpulan kami mesti pergi ke checkpoint obstacle di mana banyak cabaran yang perlu kami hadapi seperti memberi makan kepada burung unta, makan telur mentah, memegang belut, dan bermain bola sepak dalam bendang. Aktiviti yang dijalankan kebanyakannya melibatkan pertanian dan sangat menyeronokkan.
   Pukul 10.30 hinngga 11.00 pagi, kami dibenarkan membersihkan diri dan bersiap untuk majlis penutup. Pada pukul 11 pagi, majlis tersebut telah bermula.Sebahagian kami tampil ke hadapan untuk memberi pendapat tentang pengajaran yang didapati dalam keseluruhan aktiviti kem ini. Ucapan penutup telah diberikan dan setiap kumpulan diminta untuk mengambil gambar dengan pihak atasan. Setelah itu, kami bersurai dan bertolak balik ke Universiti Putra Malaysia pada pukul 1.00 petang. Kem ini memberi banyak manfaat kepada kami, pelajar asasi sains pertanian UPM.

1 comment:

  1. Saya di sini untuk berkongsi kesaksian saya tentang apa yang dilakukan syarikat pinjaman yang dipercayai untuk saya. Nama saya Nikita Tanya, dari Rusia dan saya ibu yang cantik dari 3 kanak-kanak saya kehilangan dana saya untuk mendapatkan pinjaman yang sangat sukar untuk saya dan anak-anak saya, saya pergi ke talian untuk mencari bantuan pinjaman semua harapan adalah hilang sehingga satu hari yang setia ketika saya bertemu kawan saya yang baru-baru ini memperoleh pinjaman dari Perkhidmatan Pendanaan Le_Meridian Dia memperkenalkan saya kepada syarikat pinjaman yang jujur ini yang membantu saya mendapat pinjaman dalam masa 5 hari kerja, saya akan berterima kasih untuk selama-lamanya kepada Bapak Benjamin, kerana membantu saya kembali berjalan kaki. Anda boleh menghubungi Encik Benjamin melalui e-mel: lfdsloans@lemeridianfds.com, mereka tidak tahu saya melakukan ini untuk mereka, tetapi saya hanya perlu melakukannya kerana ramai orang di luar sana yang memerlukan bantuan pinjaman sila datang ke syarikat ini dan selamatkan. Watsats: (+ 1 989-394-3740)

    ReplyDelete